Namun jika ditakdirkan anak itu tidak tahu hendak membalas jasa ibu bapa dan bertindak mengikut nafsu sendiri, ibu bapa mana yang boleh tahan dan tidak sedih. Mahu tidak mahu kena terima juga.

Akan tetapi kehendak Allah diterima dengan reda, siang malam hanya doa yang dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar anak sentiasa di dalam perlindungan dan diberi kebahagiaan walaupun hati ibu bapa hancur berkecai kerana perbuatannya.